♥♥ #Gafimmers ♥♥

Sabtu, 8 Ogos 2020

Kawan dan Sahabat .

Dear Blog,



Kawan dan Sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki  seberapa ramai kawan yang kita mahu.

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. dan kerana itulah kita sering mendengar kata - kata seperti ini, "“waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’ dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”.

Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat tetapi yang ramai ialah kawan. Mungkin ada sesetengah orang menganggap pasangannya adalah sahabatnya. Dan tidak kurang jugak yang menjadikan kawan sebagai sahabatbnya, Yang pasti setiap daripada kita sekurang- kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu yang kita percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pulak selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat.  

Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti merunuhkan tali persahabatan. Sekali kita merosakan kepercayaan seorang sahabat kepada dri kita smapai bila -bila dia tidak mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya apabila tiada siapa mahu mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’, tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. 

Lalu bagaimana selayaknya kita sentiasa dapat menjadi seorang sahabat malah orang yang boleh dipercayai? 


1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya. 

2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu. 

3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi. 

4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai. 

5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang. 

6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu. 




SAHABAT, untuk membina sebuah persahabatan kadang mengambil masa berbulan - bulan atau mungkin jugak bertahun - tahun lamanya.

Tetapi untuk memusnahkannya  terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun . Untuk sebuah persahabatan "JUJUR" dan "IKHLAS" adalah kunci dalam setiap persahabatan yang dibina. Insya-Allah

Persahabatan itu seperti tangan dan mata,
Saat tangan terluka mata menangis, 
Saat mata menangis tangan akan menghapusnya,
dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah persahabatan yang dibingkai dengan indahnya ukuwah islam .

Persahabatan adalah sesuatu yang hanya dapat kamu hargai tapi tidak akan pernah dapat kamu beli ataupun jua.


4 KATEGORI SAHABAT 


SAHABAT YANG TAMAK: Ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri. 


SAHABAT HIPOKRIT: Ia berkenaan denmenyatakan bersahabat gan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup. 


SAHABAT PENGAMPU: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan dibelakangmu dia merendahkan dirimu. 


SAHABAT PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN: Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ketempat-tempat hiburan dan pertunjukan. 


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apapun berkawanlah. 


Buat kawan atau sahabat . Terimalah lagu ini dan Terima kasih menjadi kawan atau sahabat yang terbaik. 

TERIMA KASIH SAHABAT 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...