Khas Untuk Rakan - rakan yang membaca blog saya :)
Terima Kasih kerana sudi membaca blog yang tidak seberapa ini .
Di update kali ini
Saya setelah Ciri-Ciri Sahabat Baik untuk anda nilaikan .
1.
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik
persahabatan kamu;
3.
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya
dengan baik;
5.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan
menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7.
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8.
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan
kesusahan kamu;
9.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan
kamu;
10.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan;
13.
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk
dan maksiat;
14.
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai
remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih
kawan.
Kerana
kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah
atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia
hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia
hanya
mementingkan diri sendiri.
Sahabat hipokrit: ia menyatakan
bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha
mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan
membantu,
ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan
semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang
parahnya
dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di
hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau
mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di
cintai, dia dustakan.
Sahabat pemboros dan suka
hiburan:
ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka
berkeliaran
dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan
dan
pertunjukan
yang melalaikan.
Sahabat
yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu
di dunia, lebih2 lagi di akhirat.Seorang yang tidak menambah manfaat
kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar. Hati-hatilah memilih kawan,
kerana kawan boleh
menjadi
cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan