♥♥ #Gafimmers ♥♥

Jumaat, 8 Februari 2013

MTV "Menunggu' by Akim Ahmad

Dear Blog,




Lirik Lagu Menunggu by Twitter ---> @AkimAhmad


Ku selalu menyakiti dan sering berdusta
Dan membuat kau tinggalkan aku
Pertelingkahan kita selalu tiada akhirnya
Melemaskan mu dalam cinta ku
Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu
Kenangan indah ketika kita bersama
Membuat ku terbayangkan kamu
Aku tahu cinta ku tersemat di hati ku
Aku yakin hanya kau untuk ku
Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu
Aku kan menunggu
Hingga kita kan bersama
Kau akan selalu ku cinta
Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu hingga akhir waktu

Sudah agak lama kita tidak mendengar berita dari seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam, Akim Ahmad. Kini, anak muda yang berusia 22 tahun ini bakal tampil dengan muzik video yang terbaru. Sejak pelancaran album Akim Ahmad pada awal Jun tahun lalu, kini Akim  sedang menggiatkan aktiviti seninya dan meneruskan niatnya untuk mewarnai industri dengan muzik video lagu, Menunggu.

Majlis pelancaran muzik video lagu Menunggu oleh Akim Ahmad ini telah diacarakan oleh Haniff Hamzah bertempat di Red Box, The Gardens pada 4 Februari yang lalu. Turut hadir bersama Akim pada petang itu adalah Cik Putri Yasmin, Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, bersama dengan pengarah muzik video ini sendiri Ghaz Abu Bakar.

Muzik video yang mendapat sentuhan pengarah yang prolifik dengan hasil muzik video yang menekankan kualiti imej dan penceritaan, Ghaz Abu Bakar membawa kelainan pada imej Akim sendiri. Jika selama ini, Akim lebih dikenali dengan imej periang dan juga imej santai remajanya, kini Ghaz telah menggarapkan imej seorang lelaki dewasa yang terpaksa berhadapan dengan sebuah kenyataan yang mengubah hala tuju hidupnya. 


Ternyata gabungan Akim, Ary Sarra dan juga kemunculan yang penuh persona oleh Bront Palarae membuatkan muzik video ini lebih istimewa dan perlu anda tonton sendiri. Jalan cerita di dalam muzik video ini walaupun ringkas, namun masih mampu menyampaikan isi lagunya dan juga masih boleh membawakan cerita di dalam masa yang kurang dari 4 minit. 

Secara ringkasnya, Ghaz mementingkan kualiti pembikinan di dalam setiap muzik videonya dan melihat kepada muzik video Menunggu ini nampaknya sekali lagi pengarah ini masih hebat bermain dengan jalan cerita yang mampu menyentuh jiwa. Mendapat inspirasi terus dari lagu, menurut Ghaz sendiri, dia perlu mendengar lagu dan mengamati lirik untuk menyuntik jalan cerita ke dalam video klip yang mengambil masa selama sebulan untuk keseluruhan prosesnya. 

Sinematografi di dalam muzik video memang sesuatu yang boleh kita bandingtarakan hasilnya dengan pengarah yang lain kerana pembawakan kualiti yang ketara boleh kita lihat. Bagaimanakah hasilnya? Kepada peminat Akim, jangan lupa untuk menyaksikan muzik video Menunggu ini akan mula ditayangkan secara eksklusif dalam rancangan MeleTOP pada hari Selasa, 5 Februari 2013 di saluran Astro RIA.  


Dengarkan dan saksikan muzik video terkini nyanyian Akim, Menunggu. Video ini 

diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.



Dari Youtube :: The Official Astro Gempak
Muat turun nada dering pemanggil Menunggu.

Maxis - Dail *131*292439# dan tekan CALL
Umobile - Taip CT 418886 dan hantar ke 28118
Celcom - Dail *118*175954# dan tekan CALL

Versi [teaser] Akim - Menunggu 



Dari Youtube :: The Official Astro Gempak



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...