LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Sabtu, 6 Disember 2014

Sedih DALAM Gembira

Dear Blog,

Sudah lama tidak mengudate blog ...
Semestinya blog sudah semakin sepi ...
Kenapa sepi tak ada orang yang baca ...

Agak sebuk dengan Final Projek
Pada awal bulan disember 2014
Sememangnya apa yang saya nak update ni pun
Siaran Langsung pada waktu sebelum Final Projek

Tapi tetap dapat tengok sebab memang niat nak tengok ....
Sebab sebelum ni agak sedih jugak (sebab apa sedih akan diceritakan nanti)
Sebab tu memang nak tengok ...

Berbalik kepada tajuk blog kali ini ...
Tajuknya mungkin agak pelik ...
Sebab ucapkan "Sedih DALAM Gembira"
Kepada siapa ...
Biarlah Rahsia hehehe ...
(walaupun tidak lagi rahsia)

#MM29SF

Semua sudah maklum yang
Akim Ahmad tercalon dalam 2 percalonan

Percalonan pertama pada minggu pertama
Akim Ahmad mempertaruhkan lagu DUNIA DAN SYURGA
Lagu sepenuhnya ciptaan Omar K
Manakala Minggu ke-3
Akim Ahmad atau lebih tepat di panggil
Akim & The Majistret mempertaruhkan single terbaru
Secara band iaitu #Mewangi
Lagu sepenuhnya ciptaan Aiman atau Zul2by2

Pada AJL 28 ramai GAFIMMERS yang target atau sangkakan
Lagu Kembali by Akim & Stacy
Akan ke AJL 28
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Akim Ahmad sendiri

Tapi sangkaan kami yang menyangka
Lagu KEMBALI akan ke AJL
Tidak tepat apabila pengacara mengumumkan
Lagu itu tidak tersenarai di dalam AJL28

Untuk kali ke-2 kami atau meminat | mengemar
Lagu MEWANGI kecewa apabila
Lagu tersebut tidak dapat ke AJL29

Padahal lagu - lagu yang dipertandingkan
Adalah lagu yang lirik dan nama tajuk yang agak tak best
Dan kebanyakkan lagu yg dipertandingkan
Adalah orang yang sama setiap tahun
Atau lebih tepat setiap kali AJL diadakan ...

Cerita kami tidak sampai disitu
Selepas lagu MEWANGI gagal ke AJL29
Harapan kami atau lebih tepat Penyokong Akim Ahmad
Agar Akim Ahmad menang dalam kategori
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Di Anugerah Industri Muzik 21 #AIM21

Mungkin belum sampai rezeki Akim
Untuk berada di anugerah berpersis seperti
Anugerah Juara Lagu ...
Insya-Allah satu hari nanti

Akim Ahmad atau Akim & The Majistret
Akan tercalon jugak ...
Cuma lambat dan cepat sahaja ...
Biarlah Tahun, Bulan, Hari & Waktu
Yang menentukan semuanya persoalannya ....

P/s : Cerita di atas ada lah cerita SEDIH

Pada 5 Disember 2014,
Akim Ahmad tercalon dalam kategori
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Di Anugerah Industri Muzik 21 #AIM21

Bersama - sama dengan

1) Artis : Ahmad Amad
     Lagu : Dah

2) Artis : Faizul Sany
    Lagu : Perempuan

3) Artis : Kroll (Persis)
    Lagu : Ruang Hati

4) Artis : Riz Zaizizi
    Lagu : Sempurnakanlah Aku Dan Dia

Akim Ahmad mempertaruhkan lagu MEWANGI

Sebelum penyampai kategori umumkan pemenang ...
Akim & The Majistret menyanyikan lagu MEWANGI
pada malam itu ...
Persembahan yang sangat - sangat awesome ...
Teringat masa dekat showcase dulu ...

*** Tarikh yang tak kan ku lupakan sampai bila - bila ...

Pada saat nominasi di tayangkan
Sangat berdebar - debar
Sebab takut harapan hanya tinggal harapan ...
Tapi bila diumumkan sebagai pemenang ...

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami macam mana ...
Betapa gembiranya kami bila Awi Rafael & Datin Alyah
Menyebut nama Akim Ahmad sebagai pemenang
Rasa mcam nak loncat dan sangat bersyukur untuk beliau ...

Setelah lagu MEWANGI
Tidak berjaya ke AJL29
TETAPI
Lagu MEWANGI jugak yang menjadikan
AKIM AHMAD sebagai pemenang kategori
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Di Anugerah Industri Muzik 21 #AIM21

P/s : Congrats untuk Akim & The Majistret ...
Jatuh bangun Akim Dalam Industri sentiasa kami akan Support
Tidak kira dimanapun Beliau berada

Double Congrats kerana telah memenangi Komposer Muda Berpotensi Anugerah MACP 2014









Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...