♥♥ #Gafimmers ♥♥

Isnin, 9 Disember 2013

Kumpulan OMG Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama

Dear Blog

Budiey nak ucapkan sekalung tahniah buat kumpulan OMG yang telah dijulang sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama yang berlangsung dengan happeningnya di Studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada malam tadi. Tahniah Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan, korang memang terbaeklah! OMG mendapat markah sebanyak 70 peratus sekaligus menumpaskan kumpulan Apa Kasih Toq yang hanya mendapat dengan 58 peratus.
Kepada grup Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle, korang jangan kecewa sebab hadiah pulangan pun memang best gak tu. Jadikan pengalaman yang berharga sepanjang menyertai pertandingan satu pengalaman berharga. Itu yang penting, ye ke idok?
Tempat Ketiga, Kumpulan Aku Diandra (Ilya, Sheera Iskandar, Qazeem Noor)
Juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 manakala naib juara membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan tiga permainan iaitu Mengecut, Peniru Besar dan Penyanyi Berkepala Tiga. Manakala untuk peringkat akhir kedua-dua kumpulan diberikan dua permainan baharu iaitu Awal & Akhir dan Karaoke Uncle.
Dalam pada itu, Sathia ketika ditemui berkata, mereka bersyukur telah dipilih sebagai pemenang dan mengakui bukan mudah untuk melunaskan semua tugasan diberikan.
“Saya sangat berterima kasih kepada Anas dan Akim kerana walaupun mereka bukan daripada bidang komedi tetapi tetap mampu melunaskan semua tugasan yang diberikan.”
Pada pusingan separuh akhir kedua minggu lalu, kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000.
Manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang wang tunai RM25,000.
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya amat teruja dengan sambutan diberikan oleh penonton terhadap LLS sehingga ia menjadi fenomena dikalangan penonton.
Jelas Ahmad Izham, dua kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir telah memberikan persembahan paling kreatif dan menyerlah sepanjang tiga bulan bertanding.
“Mereka mampu menguasai pentas dengan bersahaja dan tidak berasa kekok untuk menjayakan setiap permainan diberikan. Program ini telah membuktikan bakat dan kreativiti setiap peserta bukan hanya terikat dengan watak mengikut skrip malah mampu menghiburkan para peminat.”
Pemenang dipilih berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam di studio.
Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Nor manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli bertindak sebagai juri profesional.

OMG JUARA LIGA LAWAK SUPERSTAR - RM250,000 Milik Sathia, Akim Ahmad & Anas Ridzuan

Setelah 10 minggu berentap di pentas Liga Lawak Superstar (LLS), akhirnya kumpulan OMG yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan dinobatkan sebagai juara sulung Liga Lawak Superstar dan meraih hadiah lumayan berupa wang tunai RM 250,000! Sementara itu, pesaing OMG iaitu kumpulan Apa Kasih Toq yang terdiri dari Didie Alias, Kamal Adli & Shafiq Kyle diiktiraf sebagai naib juara dan membawa pulang RM 75,000.
Acara kemuncak Liga Lawak Superstar yang bersiaran secara langsung dari Studio FINAS, Ulu Klang, Selangor jam 9.00 malam itu juga mengumumkan kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor, Sheera Iskandar) sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan, Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.
Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan 5 permainan iaitu ‘Mengecut’, ‘Peniru Besar’, ‘Penyanyi Berkepala 3’, ‘Awal & Akhir’ dan ‘Karaoke Uncle’. Tirai acara kemuncak LLS dimulakan dengan persembahan dari kumpulan OMG menerusi permainan sketsa ‘Mengecut’ dan kemudian kumpulan Apa Kasih Toq akan menyusul untuk mempamerkan sketsa yang sama tetapi mengikut kreativiti mereka.
Untuk cabaran kedua, ‘Peniru Besar’, kumpulan Apa Kasih Toq pula akan memulakan permainan untuk mencabar kumpulan OMG. Kehangatan persaingan akhir ini diteruskan lagi menerusi permainan sketsa ketiga iaitu ‘Penyanyi Berkepala 3’. Kumpulan OMG dan Apa kasih Toq akan menggeletek hati penonton dengan lontaran dialog dan aksi spontan mereka menerusi permainan sketsa ini.
Seterusnya, kumpulan Apa Kasih Toq akan mencabar sekali lagi kumpulan OMG menerusi permainan ‘Awal & Akhir’. Sebelum melabuhkan tirai persaingan separuh akhir pertama ini, kedua-dua kumpulan menggegarkan studio Finas dalam cabaran terakhir iaitu ‘Karaoke Uncle’. Peserta akan menyanyikan lagu yang diberi sambil berdepan dengan pelbagai cabaran yang mengundang aksi lucu daripada mereka.
Dua kumpulan yang beraksi di persaingan LLS akhir ini akan berentap bagi meraih markah daripada barisan juri tetap yang terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli, juri awam dan undian SMS daripada orang ramai.
Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad berkata, “Pertama kali TV3 memperkenalkan Liga Lawak Superstar, kami teruja dengan sambutan positif yang diterima daripada kalangan penonton TV3. Program yang mengetengahkan bakat sketsa komedi pelakon-pelakon popular tanah air ini telah berjaya mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi program terbaik serta menjadi pilihan utama penonton sepanjang 10 episod program ini ditayangkan. Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan Liga Lawak Superstar amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan. Pastinya program ini akan menjadi satu pengalaman yang menarik bukan sahaja buat peminat tetapi juga para peserta sendiri.”
“Pada pusingan akhir ini memperlihatkan persaingan amat sengit di antara kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq. Dua kumpulan ini telah memberikan persembahan yang paling kreatif dan menyerlah sepanjang 3 bulan di pentas Liga Lawak Superstar. Mereka mampu kuasai pentas dengan bersahaja dan tidak berasa kekok untuk menjayakan setiap permainan yang diberikan. Program ini telah membuktikan bahawa bakat kreativiti setiap peserta bukan hanya terikat dengan watak mengikut skrip malah mampu menghiburkan para peminat dan penonton secara langsung di kaca televisyen,” ujar Ahmad Izham Omar.
Sementara itu, di samping bergelak ketawa, LLS tidak melupakan mangsa-mangsa banjir di tiga buah negeri iaitu Pahang, Johor dan Terengganu. Sebagai tanda sokongan terhadap mangsa banjir, LLS telah mengambil inisiatif dengan menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM 14,800 kepada Tabung Bencana NSTP Media Prima.
Liga Lawak superstar menampilkan 8 orang komedian dan 16 pelakon popular tanah air yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan daripada 4 pasukan yang disertai oleh seorang komedian dan 2 pelakon dalam setiap pasukan. Pada pusingan awal, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung di pentas Liga Lawak Superstar secara selang seli pada setiap minggu. Selepas 4 pertarungan, 2 kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir. Kumpulan yang terbaik sahaja akan menyandang gelaran Juara Liga Lawak Superstar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250,000.
Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam di studio. Undian SMS akan dibuka selama satu minggu bermula daripada hari Ahad hingga Ahad minggu berikutnya jam 6.00 petang.
Jangan ketinggalan menyaksikan Liga Lawak Superstar Akhir yang dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor pada hari Ahad jam 9.00 malam di TV3! Untuk menyemarakkan lagi Liga Lawak Superstar penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #LigaLawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

Persembahan pembukaan Final Liga Lawak Superstar

Juri profesional, Adlin Aman Ramli, Vanidah Imran dan Ida Nerina

Kumpulan OMG di cabaran Karaoke 3 Uncle

Dari kiri, kump Aku Diandra, OMG, Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad , Apa Kasih Toq, AKU

Juara, Kumpulan OMG (Anas Ridzuan, Sathia, Akim Ahmad)

Kumpulan  Apa Kasih toq

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...