♥♥ #Gafimmers ♥♥

Isnin, 9 Disember 2013

Hero dan Heroin Drama Paling Menjadi 2013

Dear Blog


Sepanjang tahun 2013, peminat drama bersiri tempatan dihidangkan dengan pelbagai kisah suka dan duka. Malah, ada beberapa siri mencipta fenomena tersendiri. Selain kerana jalan cerita menarik, gandingan utama juga memainkan peranan.
Siapa gandingan pilihan anda?  Berikut hero dan heroin pilihan GUA:-

Adam Dan Hawa


Siapa boleh lupa penangan drama rantaian ‘Adam dan Hawa’ yang pernah disiarkan di saluran Astro Mustika HD? Kemunculan drama yang menjadi fenomena itu memperlihatkan keserasian lakonan antara Aaron yang memegang watak sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya memegang peranan sebagai Ain Hawani? Bersiaran selama 80 episod, drama ini menjadi sebutan kerana diadaptasikan daripada novel terkemuka dengan tajuk yang sama hasil nukilan Aisya Sofea. Bersiaran dari Ogos 2012 hingga Januari 2013, ternyata drama ini menjadi fenomena kerana gandingan Aaron dan Nadiya.

Amar Asyraf dan Nelydia Senrose


Drama ‘Setia Hujung Nyawa’ melonjakkan nama kedua figura ini. Disiarkan di slot Akasia TV3, drama ini menjadi kegilaan ramai kerana gandingan mantap yang ditampilkan oleh Nelydia dan Amar. Adaptasi dari novel berjudul ‘Setia Hujung Nyawa’ karya Fatin Nabila, drama ini berkisar mengenai Zain yang berkahwin secara tidak rela denagn Ersalina kerana kekasih Zain melarikan dii seminggu sebelum majlis perkahwinan. Ramai penonton gemarkan gandingan antara dua pelakon baru ini sehinggakan drama bersiri ini disambung sebagai telemovie istimewa sempena Hari Raya tahun ini.

Shaheizy Sam dan Nur Fazura


Biarpun mereka digosipkan mempunyai hubungan cinta kerana digandingkan bersama-sama dalam drama ‘Kisah Cinta’ untuk slot Lestary TV3, hal ini tidak memberi sebarang halangan untuk Sam dan Fazura untuk memberikan kolaborasi mantap untuk drama ini. Gandingan hebat Shah dan Azalea memberikan kesan terhadap penonton yang meminati drama tempatan. Keserasian antara Sam dan Fazura diteruskan di layar lebar pula apabila mereka berdua digandingkan dalam filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’.

Izzue Islam dan Tiz Zaqyah


‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ merupakan drama bersiri slot Zehra TV3 yang menggandingkan dua pelakon ini. Drama bersiri yang menjadi fenomena ini memperlihatkan keserasian lakonan antara Izzue dan juga Tiz. Diadaptasikan dari novel judul yang sama hasil tulisan Zura Asyfar, watak Firash Arshad dan Syafa Aqira begitu digilai penonton. Baru-baru ini, di malam Anugerah Skrin 2013, drama bersiri ini menggondol Anugerah Khas kerana memberikan impak mendalam dan menjadi fenomena baru kepada penonton televisyen di Malaysia.

Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose


Drama bersiri ‘Cinta Jannah’ mempertemukan keserasian lakonan antara Aeril dan Nelydia. Gandingan mereka di kaca televisyen kelihatan sangat serasi dalam membawakan watak sebagai Izaryl dan juga Jannah. Disaat semua orang dilanda dengan demam drama adaptasi, drama bersiri ini berjaya menerima tontonan yang tinggi walaupun drama ini tidak diadaptasikan dari mana-mana novel. Berjaya mengumpul peminat sendiri, ramai yang menantikan gandingan Nelydia dan juga Aeril untuk projek akan datang.

Azlee Khairi dan Zara Zya


Mencipta rekod tersendiri dengan menjadi ‘trending’ hampir setiap hari di laman Twitter, drama bersiri yang diadaptasikan dari novel judul sama, ‘Love You Mr. Arrogant’ memperlihatkan gandingan mantap antara Azlee dan Zara. Sebelum drama ini disiarkan, ramai peminat novel ini mempertikaikan gandingan Azlee dan Zara dalam mebawakan watak sebagai Zafriel Irham dan Zaraa Amira.
Selepas sahaja drama ini disiarkan, ternyata telahan mereka tersasar jauh kerana bakat lakonan yang dimiliki oleh kedua-dua pelakon ini menambat hati penggemar drama bersiri slot Akasia TV3 ini. Kerana drama bersiri ini juga, nama Zara dan Azlee semakin dikenali ramai. Mereka memperlihatkan lakonan mantap dan keserasian mereka begitu menyerlah dalam drama ini, sehinggakan ramai peminat mahukan mereka betul-betul bercinta di dunia nyata!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...