LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Sabtu, 12 Oktober 2013

Tahniah @aerilzafrel & @wawa_zainal

Dear Blog,

Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat.
Walaupun dah khawin tetap sokong anda berdua .


1) Kronologi Pernikahan Aeril Zafrel - Wawa Zainal


Persoalan dan teka-teki yang berlegar mengenai status perkahwinan Suhairil Sunari, 25 atau Aeril Zafrel dan Nurhawa Zainal Abidin, 21 atau Wawa Zainal akhirnya terjawab apabila mereka mengakui perkara tersebut dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya pada petang Jumaat.

Mereka mula berkenalan pada tahun 2010 di set penggambaran drama 'Klik'. Selepas itu, mereka mula menjalin hubungan cinta tetapi dihalang oleh pihak pengurusan. Apabila ada halangan sebegitu, mereka lantas menafikan mereka menjalin hubungan cinta.

Seterusnya, pada tahun 2012, Aeril berjumpa dengan bapa Wawa dan menyatakan hasratnya untuk menikahi Wawa. Disebabkan hubungan mereka dihalang oleh pihak pengurusan, mereka mengambil langkah untuk bernikah secara senyap, selain untuk mengelakkan diri mereka daripada gejala yang kurang baik seperti maksiat.

Aeril dan Wawa melangsungkan pernikahan buat kali pertama pada 25 Februari 2012, berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan bersaksikan pengurus Aeril, Shahriman Wahab. Pernikahan buat kali pertama itu tidak mengikut undang-undang, namun sah di sisi Syariah kerana menepati Rukun Nikah dan pernikahan mereka itu tidak didaftarkan. Majlis pernikahan pertama mereka diadakan di kediaman pengurus Aeril, Shahriman Wahap di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya.


Pernikahan kali pertama mereka tidak dihebohkan kerana Aeril menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara tersebut kerana Wawa masih lagi terikat dengan kontrak bersama pihak pengurusannya.

Namun, apabila Wawa mendapati yang dirinya hamil pada sekitar bulan Januari lalu, dia memberitahu kepada Aeril mengenai perkara ini dan mereka mengambil keputusan untuk bernikah kali kedua mengikut proses dan prosedur undang-undang Malaysia. Ini kerana mereka ingin anak yang bakal lahir nanti dapat 'ber-bin' nama Aeril. Seterusnya, mereka bernikah buat kali yang kedua pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato' Haron, Petaling Jaya.

Anak hasil pernikahan Wawa dan Aeril, Ahmad Fakhruddin Attar selamat dilahirkan di Roopi Medical Center, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 24 Ogos yang lalu pada jam 9.25 pagi. Kini anak mereka memasuki usia dua bulan.

Sidang media yang berlangsung lewat satu jam kerana mereka tiba lewat turut dihadiri oleh bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong, peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria dan pengurus Aeril, Shahriman Wahap.

2) Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sah Nikah, Ada Anak


Pelakon kacak yang popular dengan drama 'Cinta Jannah', Aeril Zafrel akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar status dirinya bersama pelakon cantik, Wawa Zainal di sebuah sidang media yang berlangsung di Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya.

Sekian lama berteka-teki, akhirnya Aeril mendedahkan yang sebenarnya berita yang timbul mengenai perkahwinannya bersama Wawa adalah benar. Mereka berkahwin pada 25 Februari 2012. Bayi bernama Ahmad Fakhruddin Attar ialah sah anak mereka. Aeril tampil ke sidang media bersama Wawa, bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong, peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria dan pengurus Aeril, Shahriman Wahap.

Sidang media masih lagi berlangsung dan laporan penuh akan menyusul kemudian. Teruskan membaca GUA untuk berita selanjutnya.


3) Aeril Zafrel Nafi Terlanjur Dengan Wawa Zainal


Selepas main tarik tali, akhirnya pelakon filem '99 Kali Rindu', Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengakui mereka telah bernikah sebanyak dua kali dalam satu sidang media di Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya pada petang Jumaat.

Selepas diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media mengenai tindakan merahsiakan perkahwinan selama ini, pasangan ini akhirnya memberi penjelasan dan Wawa akhirnya membuka mulut memohon maaf.

"Kami minta maaf kepada semua, pihak media dan juga barisan peminat kerana sebelum ini kami menafikan berita perkahwinan kami. Di awal fasa perkenalan saya dengan Aeril, saya memberitahu pihak pengurusan yang saya sedang berkawan dengan Aeril. Namun begitu, pihak pengurusan melarang saya berbuat demikian. Berkawan tidak boleh, apatah lagi bercinta atau pun berkahwin. Jadi tindakan kami merahsiakan perkara ini kerana rasa hormat kepada pihak pengurusan saya dan atas dasar menghormati kontrak saya bersama mereka," jelas pelakon drama 'Ana Lulu' ini.


"Di sini juga saya ingin menjelaskan yang memang benar saya terkena penyakit misteri. Ada pihak meragui saya. Bapa saya yang hadir pada hari ini juga boleh mengesahkannya. Adik beradik saya seramai lima orang juga terkena dengan penyakit ini," tutur Wawa sambil dipersetujui oleh bapanya.

"Apabila saya sakit, ada individu lain yang masuk ke dalam tubuh saya dan saya menyedari perkara ini. Selama saya sakit, saya berubat di kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah. Akhirnya, penyakit saya pulih sebelum saya melahirkan anak saya," jelas Wawa panjang lebar.

Apabila disoal mengapakah mereka bernikah tanpa mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada di negara ini, Aeril menjelaskan yang dia mendahulukan undang-undang Allah daripada undang-undang manusia kerana mahu sebuah hubungan yang halal di sisi Islam.

"Saya mahu hubungan saya dan Wawa menjadi hubungan yang halal di sisi Islam, sebab itu saya nikahi dia dahulu. Namun selepas itu, seperti pasangan lain, kami juga ada perancangan untuk mempunyai cahaya mata," ujar Aeril.

"Lepas saya dapat tahu Wawa hamil, saya ambil keputusan untuk bernikah sekali lagi mengikut undang-undang sebab mahu anak itu nanti 'ber-bin' nama saya. Kalau kami tak daftarkan perkahwinan kami, anak itu akan 'ber-bin' Abdullah, walhal dia anak saya. Saya mahu dia 'ber-bin' Suhairil. Namun begitu, orang ramai salah tafsir yang kami berdua terlanjur dan menganggap anak itu anak tidak sah taraf sedangkan perkara itu sebaliknya," cerita Aeril panjang lebar.

Peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria mengulas mengenai tindakan mahkamah yang dikatakan akan diambil oleh Aeril masih dalam siasatan lagi.

"Masih belum ada keputusan lagi kerana untuk tindakan yang melibatkan mahkamah, semua perkara perlu diteliti di segenap aspek. Semuanya masih dalam siasatan lagi," jelas Zulhasmi.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...