LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Ahad, 6 Oktober 2013

Pelakon popular sertai Liga Lawak Superstar

Dear Blog,

AZIZ (kanan) turut memeriahkan lagi program cetusan idea Afdlin, Liga Lawak Superstar.


SETELAH menerbitkan beberapa program realiti TV kegemaran ramai seperti Mentor, Vokal Bukan Sekadar Rupa dan Bintang Mencari Bintang, kini TV3 bakal tampil dengan sebuah lagi program terbaharu iaitu Liga Lawak Superstar.
Menariknya, program cetusan idea pengarah, pelakon dan pelawak Afdlin Shauki itu memperlihatkan kewibawaan pelakon popular tanah air dalam mempamerkan kreativiti masing-masing dalam sketsa komedi.
Afdlin berkata, program berkenaan dihasilkan kerana mahu memberi peluang kepada para pelakon untuk tampil dalam sebuah program hiburan yang berbentuk komedi.
“Program ini membabitkan pelakon-pelakon yang membintangi drama-drama terbaharu terbitan TV3. Seramai 24 orang peserta telah dipilih membabitkan 16 pelakon yang membintangi drama terbaharu TV3 serta lapan pelawak.
“Kesemua peserta akan dibahagikan kepada lapan pasukan. Ia bermakna, setiap pasukan diwakili tiga peserta. Kemudian mereka dipecahkan pula kepada dua iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B,” ujarnya.
Pelakon popular yang bersaing dalam Liga Lawak Superstar termasuklah Riezman Khuzaimi, Zalif Sidek, Qazeem Nor, Fizz Fairuz, Idzham Ismail, Sheera Iskandar, Nad Zainal, Anas Ridzuan, Hairi (Anak Wayang), Aman Nassim, Mikael Andre, Kamal Adli, Akim Ahmad, Iqram Dinzly, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz.
Selain pengarah dan pelakon Aziz M. Osman, program itu turut dimeriahkan dengan barisan pelawak iaitu Azlee Senario, Aziz M. Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Bell Ngasri, Ropie dan Farouk Hussein.

BERSAING di gelanggang yang sama. (Dari kiri) Akim, Syafiq, Hairi, Zalif dan Aman antara pelakon yang turut menyertai program Liga Lawak Superstar.


Mengenai cabaran yang harus dilalui oleh peserta, Afdlin menjelaskan, setiap pasukan akan bersaing dalam lima buah permainan, termasuk yang membabitkan fizikal.
Ujarnya, mereka yang menonton program tersebut berpeluang untuk melihat bakat-bakat terpendam yang dimiliki oleh peserta seperti menyanyi dan aksi komedi.
“Buat masa ini setiap cabaran yang perlu dilakukan peserta tidak boleh diumumkan lagi kerana mereka akan mengetahuinya semasa saingan berlangsung nanti,” ujarnya.
Menurutnya, kesemua pasukan akan memulakan saingan sebenar bermula pada episod kedua hingga kelima. Kemudian juara dan naib juara setiap kumpulan layak bersaing untuk peringkat separuh akhir.
Boot camp
Sebelum berhadapan dengan persaingan yang sebenar, kesemua pasukan dikehendaki untuk menempuh cabaran awal dalam sesi boot camp.
Jelas Afdlin, tujuan utama sesi berkenaan dibuat adalah untuk memberi peluang kepada setiap pasukan mengumpul markah tertinggi dalam setiap permainan yang harus ditempuhi.
“Kepada mana-mana pasukan yang berjaya mengumpul markah paling tinggi, mereka akan diberi keutamaan untuk memilih mana-mana pelawak yang akan menyertai pasukan.
“Kami merasakan cara sebegini dilihat lebih adil kerana bukan kami yang menentukannya. Langkah ini akan menunjukkan kesungguhan masing-masing untuk bersaing, sekali gus memilih pelawak yang digemari dan mampu membantu pasukan,” ujarnya.
Episod pertama Liga Lawak Superstar akan mula bersiaran pada 6 Oktober ini pukul 9 malam. Untuk episod pertama akan ditayangkan sesi para peserta bersaing di boot camp, manakala episod seterusnya merupakan cabaran sebenar yang berlangsung dalam studio.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2gxIEtLLQ
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...