LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Khamis, 3 Oktober 2013

Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan

Dear blog

Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan

Sebelum ini timbul cerita berkenaan Akim mula berkongsi ilmu-ilmu keagamaan dengan Stacy, sekaligus membuatkan ramai pihak berpendapat bahawa pasangan yang digosipkan bercinta ini sudah bersedia untuk melangkah ke jinjang pelamin.
Artikel berkaitan:
Akim yang ditemui sewaktu majlis sidang media Liga Lawak Superstar semalam bagaimanapun menyatakan masih belum betul-betul bersedia kerana menyedari tanggungjawab menjadi seorang suami sangat besar.
Sebenarnya saya belum sedia kerana masih di dalam proses melengkapkan diri saya untuk menjadi seorang suami. Jadi, dalam proses tu, saya kena sediakan macam-macam untuk bakal isteri saya. Iyalah, nak menjadi suami bukan satu tanggungjawab yang senang, kalau takde persiapan, susah lah nanti.
Namun begitu, Akim telah menyasarkan tahun hadapan untuk menamatkan zaman bujangnya. Walaupun baru berumur 22 tahun, Akim akui gemar dengan konsep kahwin di usia muda.
Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan
Saya sebenarnya suka kahwin awal. Jadi saya letak target untuk saya berkahwin adalah pada tahun depan.
Berkenaan kerjaya pula, Akim kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk tiga episod terakhir Kampung Girl sebelum bakal menumpukan sepenuh perhatian kepada program Liga Lawak Superstar.
Jika dilihat sekarang ini wajah Akim semakin kerap menghiasi kaca televisyen sebagai seorang pelakon berbanding penyanyi. Namun anak muda ini menganggap segalanya adalah rezeki dan berkat doa dari ibu bapanya.
Alhamdulillah, semuanya adalah hasil daripada doa ibu bapa saya sendiri yang membuatkan rezeki saya semakin mencurah-curah. Saya ceburi bidang lakonan bukan bermaksud saya lupakan nyanyian, cuma saya mahu kutip seberapa banyak pengalaman yang boleh untuk timba pengetahuan.
Dalam perkembangan lain, Akim juga kini sedang dalam proses untuk mengumpulkan material dan idea untuk album baru yang dijangka akan dilancarkan tahun hadapan.
Menurut Akim lagi, peminat-peminat juga boleh menantikan kemunculan single terbarunya berjudul Dunia Dan Syurga dalam masa terdekat ini.


PC Liga Lawak Superstar-12

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...