LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Rabu, 18 September 2013

SAHABAT

Dear Blog


Sinopis Sahabat 

Sahabat mengisahkan tujuh remaja yang berlainan matlamat diri cuba bersatu dalam mengejar impian mereka yang tersendiri. Bakri, Aliff, Alia dan Azie merupakan sahabat yang sangat rapat dan serasi bila bersama. Namun kehadiran Toi, Haneez dan Shaq telah memberi impak dan menimbulkan banyak permasalahan dan pergolakan di dalam persahabatan yang mereka bina sebelum ini.

Kehadiran Haneez, musuh ketat kepada Azie di rumah Bakri memberi impak kepada persahabtan mereka yang telah terjalin sejak dahulu lagi. Tanpa diduga, kemunculan tiga orang baru di dalam kehidupan mereka sebenarnya memberi banyak pengajaran dan melengkapkan sebuah persahabatan yang sejati.



Sebagai seorang remaja, proses mengenali hidup dan menerima perubahan diri dari masa ke semasa memberi banyak cabaran, suka dan duka. Ditambah pula dengan kisah percintaan dan kesetiaan persahabatan yang jitu antara mereka pasti memberi dorongan yang kuat untuk terus kekal bersama.

Pelakon Izzue Islam, Sara Hairi, Liyana Jasmay, Syukri Yahaya, Iezah Diyana, Eddy Ashraf, Syarif Sleeq . 

Hari : Setiap Isnin hingga Khamis 
Pukul : 5.30 p.m
Saluran : Astro Ria Saluran 104 

p/s Klau perasan kan watak - watak dalam drama ini bermaksud SAHABAT .

Sebab apa saya cakap mcam tu .

Syarif Sleeq sebagai Shaq
Eddy Ashraf sebagai Aliff
Liyana Jasmay sebagai Haneez
Sara Hairi sebagai Azie 
Syukri Yahaya sebagai Bakri
Iezah Diyana sebagai Alia
Izzue Islam sebagai Toi

Shaq
Aliff
Haneez
Azie
Bakri
Alia
Toi


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...