♥♥ #Gafimmers ♥♥

Jumaat, 13 September 2013

Akim Ahmad: Ibu Saya Senang Dengan Stacy

Dear Blog


Oleh RotiKaya Staff pada 
12 September 2013, 8:09AM
Penyanyi kelahiran AF, Akim Ahmad telah memberitahu kepada pihak media bahawa ibunya amat menyenangi sifat keperibadiaan yang dimiliki Stacy, dan Akim sebagai teman rapatnya juga turut mengakui suka akan sifat yang dimiliki Stacy.
“Saya dengan Stacy sudah lama berkawan dan kami memamg rapat sejak dari dulu lagi, semua sudah sedia maklum bahawa apa sahaja kami selalu kongsikan bersama. Selain itu ibu saya sendiri amat senang dengan Stacy,”ujarnya.
Akim turut memberitahu bahawa dia masih tidak memikirkan soal perkahwinan atau apa sahaja yang melibatkan hubungan kerana baginya biarlah dirinya mengejar cita-citanya terlebih dahulu dan apabila sudah mencapai jodohnya dia sendiri yang akan memaklumkan kepada pihak media dan peminat-peminatnya.
“Buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan soal perkahwinan dan sekiranya saya ada jodoh bersama Stacy saya tidak menolak tetapi apa yang saya tegaskan di sini biarlah saya memberikan fokus tentang karier saya dan saya juga merasakan benda yang sama akan Stacy lakukan iaitu fokus mengenai kerjayanya terlebih dahulu, dan kami berdua juga masih terlalu muda untuk ke arah itu”katanya.
Akim juga turut berlakon dalam klip video Musim Asmara nyanyian Soo Wincci dan ternyata itu semua pengalaman istimewa yang tidak boleh dilupakan olehnya.
“Alhamdulillah apabila mendapat tawaran dari Wincci saya terus terima kerana sememangnya saya begitu teruja untuk menjadi model dalam klip video itu dan saya juga cukup bangga apabila dipilih Wincci sedangkan ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang lain. Saya juga cukup berpuas hati apabila klip video ini sungguh begitu cantik dan memuaskan seolah-olah saya melihat sebuah filem,” ujarnya ikhlas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...