LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Khamis, 29 Ogos 2013

Seronok kerja dengan Wincci

Dear Blog,


Pertama kali bekerjasama dengan penyanyi berkaliber seperti Soo Wincci tidak memberi sebarang masalah buat pengarah video muzik Musim Asmara, Abhilash Chandra, melakukan kerja-kerja pengarahannya yang bermula awal pagi.
Malah kerjasama yang diberikan semua kru dan mereka yang terbabit menghasil­kan video muzik kedua Wincci itu berjaya diselesaikan dalam masa satu hari yang berakhir pada jam 11 malam.
Memilih kedai usang di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan ladang ternakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Abhilash sedar bukan sesuatu yang mudah apatah lagi kedai terbabit dinaiki air mengakibatkan kerja-kerja penggambaran terganggu.

Video muzik berkenaan turut menampilkan penya­nyi dan pelakon berbakat iaitu Akim Ahmad. Lagu Musim Asmara adalah ciptaan komposer Ajai dan Slen.

Foto
KESERASIAN wujud antara mereka.
Foto
KRU produksi tekun mencari ‘shot’ yang menarik.
Bagi Abhilash, pengalaman bekerja dengan Wincci adalah sesuatu yang menyeronokkan ditambah lagi de­ngan sikap pasukan yang banyak membantu melancarkan segala-galanya walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku disebabkan hujan turun secara tiba-tiba.

“Saya gembira apabila diberi peluang mengarahkan video muzik Wincci. Walaupun tidak pernah bekerja de­ngannya sebelum ini, saya yakin sikap rajin dan kerjasama yang ditunjukkan Wincci mampu melancarkan semuanya.

“Tidak sangka apa yang saya harap terlaksana bukan saja Wincci, semua yang terbabit faham dengan tugas masing-masing tanpa saya perlu banyak memberi arahan malah difahamkan Wincci sendiri gembira de­ngan hasil yang kami berikan.

“Mungkin pengalaman pernah mengarahkan video muzik sebelum ini memberi banyak manfaat dan pe­ngalaman yang boleh saya gunakan sepanjang mengarahkan video muzik Musim Asmara. Diharapkan kerjasama ini akan berterusan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Bercerita mengenai cabaran dan halangan sepanjang mengarahkan video muzik berkenaan, Abhilash berkata, bagi mengekalkan kualiti sesuatu video muzik dalam masa satu hari bukanlah sesuatu yang mudah justeru ia memberi sedikit tekanan kepadanya.

“Satu cabaran yang begitu memberi tekanan, tidak semua pengarah mampu melakukannya dalam waktu satu hari. Ini kerana sekurang-kurangnya dua hari barulah cukup untuk mendapatkan kualiti yang terbaik.

“Namun begitu, saya gembira apabila melihat hasilnya selepas selesai penggambaran. Ini semua berkat bantuan dan sokongan semua kru produksi. Walaupun mencabar tetapi masing-masing berjaya melakukannya dengan baik mengikut seperti apa yang saya mahukan,” katanya.

Abhilash berkata, cabaran berdepan dengan cuaca adalah perkara biasa apabila melakukan penggambaran di luar. 


Akim pertama kali berlakon video muzik rakan artis

Pertama kali menjadi model video muzik pe­nyanyi lain adalah satu pengalaman yang menarik buat Akim. Selain selesa dengan sikap Wincci yang begitu profesional dalam bekerja, Akim yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketujuh (AF7) mengakui teruja jika dipanggil lagi untuk menjadi model video muzik Wincci atau mana-mana penyanyi pada masa akan datang.

“Ia satu pengalaman baru yang sangat menarik apatah lagi bekerja de­ngan orang seperti Wincci yang tidak banyak kerenah.

“Saya tidak sangka ditawarkan oleh Wincci untuk menjadi model klip muzik­nya kerana saya sangkakan ia hanya tawaran suka-suka. Sebagai rakan artis memang sebelum ini kami pernah menyuarakan hasrat untuk sama-sama membantu karier masing-masing dan ini adalah waktunya.

“Walaupun pada awalnya kurang yakin kerana merasakan diri kurang tampan, Wincci langsung tidak memikirkan soal itu kerana baginya komitmen saya dalam memberikan yang terbaik terhadap video muziknya itu,” katanya.

Biarpun pernah berlakon sebelum ini, Akim mengakui lebih seronok berlakon video muzik kerana tidak me­ngambil masa yang begitu lama malah ia akan lebih kerap ditonton peminat.

“Berlakon drama atau filem mengambil masa lebih dari seminggu berbanding video muzik hanya sehari dua. Namun bezanya saya perlu memberi lebih fokus terhadap reaksi muka dan pergerakan badan kerana klip muzik akan ditonton berulang kali,” katanya.

Menurutnya, cabaran yang harus ditempuh pula ketika menjalani penggambaran video muzik ini apabila cuaca hujan, namun yang menariknya ia memberi banyak kemudahan untuk mereka beraksi di lokasi kedua di mana lopak air hujan yang ada mencantikkan lagi sinematografi yang ada.

Foto
SET yang usang jadi pilihan pengarah.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/29




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...