LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Sabtu, 3 Ogos 2013

Akim puas berlakon

Dear Blog

Kebelakangan ini wajah anak muda dikenali sebagai Akim Ahmad ini makin kerap menghiasi atmosfera lakonan tanah air.
Walaupun profil lakonan pemenang tempat ketiga program Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh ini belum sekukuh mana, sedikit sebanyak Akim mula menunjukkan potensi sebagai pelakon pelapis. 
Jika sebelum ini, Akim menjadi pilihan pengarah Saw Teong Hin sebagai teraju utama filem Hoore! Hoore! pada 2012, kini lakonannya boleh ditonton dalam drama bersiri Kampung Girl yang bersiaran setiap Jumaat di TV3. 

Bercerita mengenai perkara itu, pemilik nama penuh Afiq Hakim Ahmad ini berkata, pembabitannya sebagai pelakon bukan bermakna dia sudah beralih bidang daripada pentas nyanyian.
Foto

PULANG bercuti raya di Johor Bahru.

Sebaliknya, kata Akim, ia sekadar mengisi profil seni mengikut kesesuaian jadual kerjanya.

“Saya berlakon untuk suka-suka saja dan belum menjadi perkara utama dalam kerjaya. Lakonan saya pun masih pada tahap biasa saja. Saya sendiri tidak terfikir untuk serius dalam lakonan tetapi untuk mempelbagaikan profil kerja jika tidak bertindan dengan jadual nyanyian,” katanya. 

Penyanyi berusia 22 tahun ini berkata, tanggapan bahawa dia semakin aktif berlakon sekarang timbul kerana secara kebetulan drama tv lakonannya kerap ditayangkan akhir-akhir ini. 

“Mungkin sebab saya banyak buat persembahan pentas di majlis syarikat korporat dan majlis tertutup yang tidak mendapat liputan, jadi orang sangka saya sudah tidak aktif menyanyi. 

“Kebetulan pula beberapa drama lakonan saya termasuk Kampung Girl kini ditayangkan. Ia hanya persepsi orang sedangkan kerjaya nyanyian saya tetap ligat. Pada saya, sebagai orang baru tidak rugi pun jika ambil apa saja peluang yang ada untuk mengembangkan kerjaya,” katanya. 

Beralih pada sambutan Aidilfitri, Akim berkata, dia akan bercuti selama seminggu di kampung halamannya di Johor Bahru bermula hari ini. 

“Selain bercuti, saya juga teruja untuk berkongsi dengan peminat mengenai telefilem terbaru berjudul Abang Long vs Kak Yong yang akan disiarkan pada Aidilfitri ini di TV3. 

“Dalam telefilem arahan Ahmad Idham ini, saya diberi peluang menjadi hero yang mempunyai karakter budak baik dan melakukan aksi pertarungan sendiri. Pengalaman bekerjasama dengan abang Idham dan pasangan saya, Yana Samsudin dalam telefilem ini memang seronok,” katanya. 

Selain Yana, penyanyi lagu Inilah Cinta ini turut bergandingan dengan Usop Wilcha, Hafizuddin Fadzil, Susan Menon dan Syafiq Kyle dalam telefilem itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/03

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...