LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Jumaat, 19 Julai 2013

Akim terlintas risik Stacy

Dear Blog

Kerap berdalih mengenai status hubungannya dengan penyanyi lincah Stacy, Akim Ahmad yang popular menerusi siri Kampung Girl ketika ini nampaknya masih berpegang dengan pendirian diri bahawa mereka berdua hanyalah sekadar rakan karib.
Terlalu rapat dan serasi berkawan, itu sajalah yang mampu dijawab penyanyi Menunggu itu meskipun diasak mengenai keberanian meletakkan foto intim mereka di laman Instagram.
Apa juga pun alasannya, ternyata bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) itu gembira perhubungannya dengan Stacy turut mendapat restu daripada pihak keluarga penyanyi kelahiran Sabah itu sendiri.

“Saya mengaku keintiman kami sehingga tahap di mana masing-masing pernah berkunjung ke rumah keluarga dan saya sangat gembira diterima baik keluarga Stacy yang juga semakin rapat dengan saya.
Foto

AKIM ajak Stacy dan keluarga beraya dengannya.

“Namun, jangan salah sangka kerana kunjungan saya itu sekadar mengeratkan silaturahim selain mahu mengenali anggota keluarganya yang lain semata-mata,” katanya sambil menyifatkan Stacy dan dirinya rapat kerana mereka satu kepala.

Menjelang Aidilfitri akan datang, Akim tidak segan memberitahu yang dia beriya-iya mengajak Stacy untuk beraya bersama dan menemui keluarganya pula di kampung halaman.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan masih menunggu jawapan daripada Stacy dan menyatakan ajakan itu sekadar jemputan biasa tatkala diusik mungkin ada agenda lain yang cuba disembunyikan.

“Pernah juga Stacy datang ke rumah saya sebelum ini untuk menyambut Aidilfitri bersama namun kali ini saya mengajak dia dan keluarganya sekali untuk meraikannya.

“Mungkin juga saya akan merisik dia pada waktu itu,” katanya yang sempat berseloroh.

Apa yang penting, Akim tidak menolak jika benar ada jodoh antara mereka.

“Terlalu awal untuk bercakap mengenai sebarang ikatan, namun saya sedia terima sekiranya benarlah Stacy memang ditakdirkan buat saya. Akan tetapi, jalan ke arah itu kenalah mengikut laluan yang betul,” tambahnya.

Selain kembali aktif dalam lapangan lakonan, Akim akui teruja bergandingan buat pertama kali dengan Stacy menerusi lagu berjudul Kembali tidak lama lagi di samping sibuk menjadi hos kepada program Mencari Ramli.


Watak hero pertama di TV3
Ditemui sewaktu pelancaran drama lakonan terbarunya Kampung Girl, dia cukup bertuah apabila buat pertama kalinya dia diberi kepercayaan memegang watak hero.

Menyifatkan peluang itu sebagai batu loncatan untuk menaikkan semula namanya, dia juga berharap lakonannya bakal meninggalkan impak kepada penonton kelak.

“Memang agak suram rasanya nama saya sebagai penyanyi sekarang namun dengan kemunculan saya menerusi drama ini, saya harap peminat akan ingat kepada saya semula.

“Menyentuh mengenai Kampung Girl, walaupun seronok melakonkan watak, agak mencabar juga pada mulanya untuk menjadi seorang lelaki yang sangat angkuh serta berlagak,” katanya.

Ditanya mungkinkah dia akan beralih bidang pula selepas ini, menurutnya nyanyian tetap akan menjadi keutamaannya dan tidak terfikir untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya nombor satu.

“Minat utama saya masih pada nyanyian walaupun bintang saya belum benar-benar bersinar seperti pe­nyanyi terkenal lain,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18Credit : http://www.hmetro.com.my/articles/AkimterlintasrisikStacy/Article?hm

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...