♥♥ #Gafimmers ♥♥

Isnin, 15 Julai 2013

Akim jejaka bandar, Nad gadis kampung

Dear Blog,

SERASI... Nad mengakui tiada masalah bergandingan dengan Akim dalam drama Kampung Girl.


MENGGANTIKAN drama rantaian popular Sebenarnya Saya Isteri Dia dalam slot Zehra di TV3 yang ditayangkan pukul 9 malam setiap hari Jumaat, drama adaptasi novel Kampung Girl pula memulakan siaran pada 12 Julai lalu.
Kampung Girl diarahkan oleh Heykal Hanifah yang diadaptasi daripada novel popular karya Umi Kalsom.
Kisah bermula apabila anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Mazlin bernama Ashraf Khairi cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, seorang gadis kampung yang disangka menganggur dan hanya menghabiskan masa di kampung.
Pelbagai cara dilakukan Ashraf untuk mengelak daripada dijodohkan dengan Ainnur.
Bagaimanapun, Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dan ingin mengajar jejaka yang sombong dan bongkak itu.
Tanpa disedari Ainnur merupakan lulusan sebuah universiti di luar negara dan bekerja sebagai guru bahasa Inggeris.
Bukan skeptikal
Kata pengarah drama Kampung Girl yang turut menyumbangkan idea untuk menulis skrip drama itu, naskhahnya kali ini lebih ringan dan sesuai untuk golongan remaja.
"Pendekatan saya kali ini untuk mengetengahkan sebuah drama yang dekat dengan masyarakat dan logik, sangat ringan dan menghiburkan, malah jalan ceritanya tidak klise," ujarnya yang ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon Kampung Girl di Sri Pentas, Petaling Jaya baru-baru ini.
Kampung Girl dibintangi Nad Zainal, Akim Ahmad, Emma Maembong, Syafiq Kyle, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Reen Rahim dan Hilal Azman.
Sementara itu, ujar pelakon utama Kampung Girl, Nad Zainal yang mendukung watak Ainnur Azmi, drama tersebut telah memberikan pelbagai pengalaman manis kepadanya.
Malah, saat ditanya tentang gandingannya bersama Akim sebagai pasangan suami isteri dalam drama tersebut, Nad mengakui, mereka mudah membina keserasian bersama.
"Akim dan saya pernah digandingkan menerusi Cinta Cornetto, jadi tiada masalah untuk membina keserasian.
"Lagipun, apabila di set penggambaran kami menjadi gila-gila. Karakter Ainnur pun serasi dengan perwatakan sebenar saya yang ceria," katanya.
Bagi Akim pula, mempertaruhkan karakter Ashraf, seorang lelaki bandar yang angkuh dan skeptikal terhadap gadis kampung memberikan pengalaman baharu dalam dunia lakonannya.
Walaupun sudah punya sedikit pengalaman dalam bidang lakonan, dia mahu menganggap dirinya sebagai tetap pelakon baharu.
Akim juga melihat tawaran untuk terbabit dalam Kampung Girl sebagai rezeki yang tidak harus ditolak.
"Rezeki yang datang kepada saya kenapa perlu tolak. Secara tidak langsung menerusi drama ini, ia dapat mempromosikan karier saya sebagai artis baharu dalam industri.
"Jadi, berlakon dalam drama Kampung Girl bukan bermakna saya melupakan dunia nyanyian. Ini pertaruhan besar bagi saya terutama untuk drama yang disiarkan di TV3," kata Akim yang akan muncul dalam telefilem Abang Long Vs Kak Yong pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Mengaku cinta
Diusik mengenai perkembangan gosip cintanya bersama penyanyi Stacy, Akim lebih banyak tersenyum dan masih memberikan jawapan yang diplomatik.
Terbaharu, Akim didakwa telah meluahkan pengakuannya mencintai Stacy secara tidak langsung di laman sosial Twitternya, namun kisah itu disangkal Akim sama sekali.
Menerusi laman sosial itu Akim menulis "Only me can love you" yang bermaksud "Hanya saya yang boleh mencintai kamu."
"Itu cuma interaksi dengan kawan- kawan saya. Apabila saya diusik dengan kata-kata sedemikian, saya pun membalasnya dengan jenaka yang sama," jelas penyanyi itu seakan-akan berselin- dung.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2Z84JFRl8 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...