LIKE

♥♥ #Gafimmers ♥♥

Kampung Girl

Songs

Isnin, 17 Jun 2013

108 selebriti Woot! Woot!

Dear Blog,


PROGRAM Woot! Woot melibatkan artis popular sebagai peserta.


SEBELUM ini kebanyakan rancangan hiburan berbentuk permainan membabitkan golongan marhain sebagai peserta. Bagaimanapun, rancangan terbaharu terbitan TV3 iaitu Woot! Woot! menampilkan sedikit kelainan.
Ini kerana peserta yang terlibat merupakan barisan selebriti popular tempatan.
Menariknya, seramai 108 selebriti popular telah diundang untuk menyertai rancangan gameshow yang menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.
Penerbitnya, Mohd. Jamira Ramli berkata, Woot! Woot! merupakan sebuah gameshow yang diinspirasikan daripada gabungan dua rancangan yang pernah diterbitkan TV3 iaitu Pop Kuiz dan Ewah Ewah.
“Biasanya dalam rancangan gameshow yang diterbitkan sebelum ini rakaman akan dilakukan di studio, tetapi kini kami mahu mencuba pendekatan yang baru apabila membuat penggambaran di luar studio dengan memilih Nur Laman Bestari di Ulu Yam, Selangor sebagai lokasi.
“Dalam setiap episod, enam selebriti akan digandingkan sebelum dibahagikan kepada tiga kumpulan.
“Semua peserta perlu bersaing menerusi beberapa permainan yang menarik,” ujarnya pada majlis pelancaran program itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara selebriti popular yang terlibat ialah Dira Abu Zahar, Ezlynn, Chacha Maembong, Almy Nadia, Black, Shah Iskandar, Zain Saidin, Elfaeza Ul Haq, Noorkhiriah dan Izzue Islam.
Menurut Jamira, antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh peserta termasuklah permainan Teka-Teka, Puzzle Terbang, Guni Puzzle, Apung-Apung Puzzle, Duyung Lagu, Peta Artis dan Renang AJL.
Ujarnya, setiap kumpulan akan mengharungi tiga segmen permainan yang berbeza dan kumpulan yang mendapat markah tertinggi layak ke pusingan bonus.
“Kumpulan yang berjaya ke pusingan bonus perlu mengharungi satu lagi permainan. Sekiranya berjaya kumpulan tersebut akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.
“Kemudian, kumpulan yang muncul juara dalam setiap episod berpeluang layak ke pusingan separuh akhir. Selepas itu, tiga peserta yang menang akan bersaing di peringkat akhir untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000,” ujarnya.
Jelasnya, Woot! Woot! yang mula ditayangkan di TV3 sejak 11 Jun lalu setiap hari Selasa pukul 10 pagi itu akan disiarkan sebanyak 26 episod. Ia melibatkan 13 episod untuk musim pertama dan 13 episod lagi bagi musim kedua.
“Dalam episod pertama sehingga kelapan akan ditayangkan pusingan awal, manakala episod sembilan sehingga ke-12 pula tayangan untuk peringkat separuh akhir dan episod ke-13 merupakan saingan peringkat akhir,” jelasnya.
IMG_8147



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...